KESIHATAN

PRINSIP KESIHATAN


 Prinsip #1: Jadilah aktif untuk hidup lebih lama.
Hasil laporan umum pakar bedah U.S. menunjukkan dengan senaman tahap sederhana yang kerap, ia akan membantu mengurangkan risiko diabetes, kanser kolon, dan penyakit berkaitan dengan obesiti. Walaupun dengan senaman fizikal yang minimum, ia boleh meningkatkan aliran darah ke semua organ-organ utama dan seluruh badan anda.
Hasilnya, anda akan kurang terdedah kepada penyakit kerana kurang toksin yang terbina di dalam tisu anda. Anda juga akan kurang terdedah kepada obesiti kerana anda akan membakar kalori dalam aktiviti yang akan disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan. Dengan cara ini, gaya hidup sihat termasuk senaman fizikal yang kerap akan membantu anda hidup lebih lama, dengan lebih sihat.
Prinsip #2: Atasi penuaan dengan aktiviti fizikal dan senaman.
Aktiviti fizikal dan senaman yang kerap membantu membina badan yang sihat dan kuat, serta memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit yang banyak dikaitkan dengan penuaan. Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang kerap bersenam mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit artritis (keradangan pada sendi) atau osteoporosis (kerapuhan tulang).
Senaman dan aktiviti fizikal juga akan menguatkan otot dan meningkatkan ketumpatan tulang. Sebagaimana kekuatan yang telah ditingkatkan akan memperbaiki keupayaan keseimbangan, membuat seseorang individu kurang cenderung untuk jatuh, Peningkatan kepadatan tulang pula akan membantu mencegah keretakan pada tulang walaupun anda mengalami kejatuhan. Dengan ini, anda mampu mengekalkan setiap komposisi keupayaan dengan baik (mobiliti) walaupun dengan usia yang lebih lanjut.
Prinsip #3: Bersenam untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia, adalah disebabkan oleh serangan jantung. Daripada jumlah tersebut sebanyak 40-75% pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital. Bahkan, ia diramalkan bakal menjadi ‘pembunuh dalam senyap’ utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. (Prof. Madya Dr. Mohad. Anizu bin Haji Mohd. Nor, diakses pada 16 Disember 2012)
Penyakit jantung merangkumi penyakit seperti penyakit jantung koronari, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, dan kegagalan jantung. Banyak kes penyakit jantung boleh dicegah dengan melakukan senaman. Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengekalkan rutin kecergasan secara konsisten akan menggandakan risiko mereka mendapat penyakit jantung dalam hidup mereka. Senaman akan menguatkan otot jantung dan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, yang boleh menyumbang kepada penyakit tersebut, jadi bersenamlah setiap hari untuk memerangi penyakit jantung.
Prinsip #4: Tingkatkan jisim otot untuk membakar lebih banyak lemak.
Otot adalah tisu pembakar lemak yang paling berkesan di dalam badan anda, jadi dengan meningkatkan jisim otot anda, anda mempercepatkan keupayaan sistem badan anda untuk membakar lemak. Ini kerana tisu otot menggunakan kalori dikala ia sedang aktif mahupun dalam keadaan pasif (rehat), maka lebih berat jisim otot anda miliki, lebih banyak kalori anda membakar.
Kajian (melalui laman ‘WebMD’, oleh Jonathan L Gelfand, 2010) telah menunjukkan bahawa bagi setiap berat paun otot pada badan, ia akan membakar tambahan 35-50 kalori setiap hari. Ini bermakna menambah 10 paun otot akan membakar sehingga 350-500 kalori sehari atau 1 paun lemak dalam setiap 7-10 hari. Jadi, marilah bersenam dengan melakukan latihan rintangan untuk meningkatkan jisim otot masing-masing. Ayuh!


“Time And health are two precious assets that we don’t recognize and appreciate until they have been depleted.”
-Denis Waitley-


SUMBER-http://zakikhan.net

AIR DAN KEPENTINGANNYA

Tubuh manusia terdiri daripada 55 sehingga 75 peratus air, bergantung kepada saiz dan komposisi badan. Salah satu kelebihan yang paling besar untuk mendapatkan air yang cukup setiap hari adalah mengelakkan dehidrasi, dimana air sangat penting untuk menyokong fungsi-fungsi penting sistem biologi.
Kepentingan air
Air mempunyai terlalu banyak manfaat dan kebaikan dari segi kesihatan, antaranya ialah:-
(1) Air membantu mengekalkan suhu badan di tahap yang optimum apabila terdedah kepada persekitaran suhu yang melampau. Peluh yang dihasilkan semasa senaman adalah salah satu contoh yang baik mengapa minum air adalah sangat penting.
(2) Secara purata, 70% otak manusia, 90% paru-paru, 10% lemak badan, 22% tulang dan 83% darah adalah terdiri daripada air. Maka, dengan meminum air, ianya memberikan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi otak dan organ-organ serta sistem dalaman yang lain.
(3) Juga, sendi anda bergantung kepada cecair yang mengelilinginya untuk memastikan sendi mampu bergerak bebas dengan keadaan ber”kusyen”. Kandungan air dalam badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sendi anda menjadi kaku.
(4) Selain itu, air diperlukan untuk mengalirkan bahan kumuhan badan. Sama ada melalui air kencing mahupun apa jua bentuk, air digunakan oleh organ-organ perkumuhan untuk menyingkirkan bahan buangan. Kandungan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah, gejala/simtom yang berkaitan dengan dehidrasi.
(5) Air juga sangat penting untuk kulit sentiasa dalam tahap kelembapan yang baik, dan mengelakkan kekeringan dan kedut pada kulit, menurut dermatologis Atlanta, Kenneth Ellner, MD.
Pengambilan air
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah pengambilan air kosong yang disarankan untuk sehari adalah sekurang-kurangnya sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Mengikut garis panduan ‘American College of Sports Medicine’, adalah digalakkan untuk minum sebanyak 17 oz (lebih kurang 0.5 liter) air 2 jam sebelum bersenam dan pengambilan air secara konsisten untuk menggantikan air yang hilang melalui proses peluh.
Juga menurut kajian D.Boulze dan P.Montastruc (1983), air sejuk adalah lebih sedap dan cenderung untuk diminum berbanding air panas, dimana subjek melihat air sejuk sebagai pilihan utama, namun mereka memilih untuk meminum dengan kadar yang banyak pada suhu 15°c.
“Cold water was therefore both more pleasureable and less drunk. Dehydration resulted in a negative alliesthesia for warm water. Positive alliesthesia for cold water was probably the result of hyperthermia rather than dehydration.”
Kajian di atas juga disokong oleh kajian Khamnei et al. (2011);
“In order to have more voluntary intake of water and less fluid deficit, cool water (near 16°C) is recommended for athletes. Such water would also aid thermoregulation to some extent and increase palatability as well.”
Soalan-soalan berkaitan dengan air
(1) Adakah minum air sejuk boleh menaikkan kadar metabolisma, dan seterusnya membantu dalam proses penurunan berat badan?
Ya, ia memang boleh menaikkan kadar metabolisma, tetapi kesan termogenik yang dihasilkan sangat kecil, tidak signifikan seperti yang kita sangkakan. Jadi jika ingin menurunkan berat badan dengan cara minum terlalu banyak air sejuk, lupakan saja, tumpukan pada cara senaman. =)
Rujukan: Clive M. Brown, Abdul G. Dulloo and Jean-Pierre Montani, Water-Induced Thermogenesis Reconsidered: The Effects of Osmolality and Water Temperature on Energy Expenditure after Drinking, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism September 1, 2006 vol. 91 no. 9 3598-3602, doi: 10.1210/jc.2006-0407
“Cooling the water before drinking only stimulated a small thermogenic response, well below the theoretical energy cost of warming the water to body temperature. These results cast doubt on water as a thermogenic agent for the management of obesity.”
(2) Apakah air yang sesuai diminum ketika bersenam?
Dari sudut ‘rate of stomach emptying’ (kadar pengosongan perut) dan proses penggantian air yang cepat dan efektif, air sejuk (bukan air ais) yang bersuhu 2 – 4°c adalah pilihan yang terbaik.
“Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat…Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat.
Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut)…” (zakikhan.net, diakses pada 17 April 2013)
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.

“To insure good health: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.”
-William Londen-



KASUT TUMIT TINGGI

Dah jadi satu kewajipan untuk seorang perempuan memiliki sekurang-sekurangnya satu kasut tumit tinggi pada zaman serba moden kini. Ia seperti satu peraturan tersembunyi alam fesyen. Sekurang-kurang satu, tapi rasanya ada yang beli kasut setiap minggu. Ia direka mengikut fesyen dan tidak semestinya fungsi. Wanita sanggup menahan ketidakselesaan untuk kelihatan cantik. Betul atau tidak? Adakah anda selesa memakai kasut tumit tinggi?
Ramai pakar termasuk pakar ortopedik bersetuju terdapat banyak bahaya yang dikaitkan dengan memakai kasut bertumit tinggi. Terdapat juga beberapa kelebihan kasut tumit tinggi seperti;
• Betis kelihatan lebih cantik
• Kaki kelihatan lebih kuat
• Postur kelihatan lebih lentik
• Mereka yang rendah kelihatan lebih tinggi
• Boleh dijadikan senjata jika diserang perogol bersiri
• Lebih bergaya dan digelar perempuan berkaki panjang
Apa kata kita cuba bandingkan dengan kesan negatifnya pula;
• Postur
Kasut tumit tinggi meletakkan kaki dengan kedudukan kaki menunjuk ke bawah, menambah tekanan ke atas kaki di bahagian soket metatarsalnya. Tekanan ini meningkat dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Badan anda terpaksa bekerja untuk seimbangkan badan anda. Kecederaan yang selalu dikaitkann termasuk kecederaan buku lali. Ianya boleh jadi sprain sehingga ke retak. Kematuan boleh terbentuk di kaki juga sekiranya kasut yang dipakai ketat dan dipakai untuk satu tempoh yang panjang.
Chapter 437-Bahaya-kasut-tumit-tinggi
• Gait
Apabila berjalan, kaki anda berada dalam kedudukan ke bawah atau plantarflexed dalam istilah sainsnya. Ia menyebabkan anda tidak dapat menolak permukaan tanah dengan daya yang banyak. Keadaan ini menyebabkan otot hip flexor di pinggang bekerja lebih keras untuk bergerak dan menarik badan anda ke hadapan. Lutut juga bergerak ke depan dan membengkok. Otot di bahagian lutut bekerja lebih keras.
• Keseimbangan
Berjalan dengan memakai kasut tumit tinggi seperti berjalan di atas tiang sambil seimbangkan badan anda. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan kaki dan buku lali bergerak ke dalam atausupinated. Kedudukan ini menyebabkan risiko kehilangan kesimbangan dan boleh menyebabkan kecederaan pada buku lali.
• Belakang
Bentuk lengkungan S pada tulang belakang bertindak sebagai penyerap tekanan dan mengurangkan tekanan pada vertebrae atau tulang belakang. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan lumbar iaitu tulang belakang di bahagian bawah mendatar dan menyebabkan anjakan posterior atau anjakan ke belakang bahagian kepala dan toraks atau tulang belakang bahagian tengah. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan badan bergerak ke hadapan dan mengurangkan lengkungan S pada tulang belakang. Keadaan ini boleh menyebabkan sesetengah otot digunakan secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan sakit belakang.
• Pinggang
Otot hip flexor terletak di bahagian depan atas peha anda. Ia terpaksa bekerja lebih keras dan lama untuk membantu anda berjalan kerana kaki anda berada di kedudukan ke bawah dan mengurangkan kuasa untuk mengerakkan badan anda ke hadapan. Jika otot hip flexor digunakan secara berlebihan, otot ini boleh memendek atau ketat yang mana akan memberi kesan pada lumbar atau tulang belakang bahagian bawah.
• Lutut
Tahukah anda, osteoarthritis adalah dua kali lebih tinggi di kalangan wanita. Penyebab utama mungkin disebabkan pemakaian kasut tumit tinggi. Kedudukan lutut yang kekal bengkok dan tibiaberpusing ke dalam apabila memakai kasut tumit tinggi meletakkan daya mampatan di bahagian tengah lutut. Jika anda dah ada osteoarthritis, seeloknya elakkan pakai kasut jenis ini.
• Buku Lali
Kasut tumit tinggi menghadkan pergerakan dan kuasa sendi buku lali. Otot betis termasukgastrocnemius dan soleus telah memendek. Kedudukan buku lali juga menyebabkan pengecutan tendon achilles. Ia boleh meningkatkan tarikan tendon achilles yang melekat pada bahagian belakang tulang tumit atau calcaneus dan boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil insertional achilles tendonitis.
• Tapak Kaki
Dengan kedudukan kaki ke bawah, terdapat peningkatan ketara di bahagian tumit. Memakai tumit 3 1/4 inci meningkatkan tekanan pada bahagian bawah kaki depan sebanyak 76%. Tekanan yang meningkat boleh membawa kepada sakit dan kecacatan kaki seperti jari kaki tukul atau hammer toes, bunions, bunionettes dan neuromas. Kedudukan kaki ke bawah menyebabkan kaki menjadisupinated atau berpusing ke luar dan seterusnya menyebabkan tarikan pada tendon achilles dan menyebabkan kecacatan yang dipanggi haglund.
• Kulit dan Ibu Jari
Kasut tumit tinggi yang tajam boleh menyebabkan kematu dan kulit pecah.
• Payudara
Terdapat juga kajian menunjukkan amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan boleh jadi punca payudara kendur. Ia adalah disebabkan otot di bahagian dada, pectoralis major dan otot-otot kecil sekitarnya menjadi lemah disebabkan penggunaan otot belakang yang melampau. Posisi badan anda membongkok ke hadapan dan bentuk payudara akan kendur ke hadapan.
Chapter 437-Kesan-kasut-tumit-tinggi
Kaki ibarat jantung kedua badan kita. Ramai tidak sedar ketidakselesaan pada kaki boleh menyebabkan masalah-masalah lain. Bukan nak takutkan dah kata tidak boleh pakai kasut tumit tinggi. Pakailah demi fesyen tapi kurangkan. Mungkin untuk tujuan atau acara-acara penting sahaja seperti mengambil Anugerah Juara Lagu, menghadiri Jamuan Makan Malam bersama Perdana Menteri dan sebagainya. Anda boleh jimat wang dengan mengurangkan pembelian kasut dan tidak perlu keluar duit berjumpa pakar orthopedik kemudian hari.
Rujukan
Snow RE, Williams KR. High heeled shoes: their effect on center of mass position, posture, three-dimensional kinematics, rearfoot motion, and ground reaction forces. Arch Phys Med Rehabil.

Chapter 437-Tergelincir-pakai-kasut-tumit-tinggi
SUMBER-http://zakikhan.net/kasut-tumit-tinggi/


MINUMAN BERKABONAT


Bolehkah minum air gas ketika perut kosong?
Apabila perut kosong, apa yang tinggal adalah perut berasid. Minuman bergas sangat berasid. Kebiasaannya minuman bergas tinggi phosphorus. Kombinasi asid phosphorik dan karbon dioksida menjadikan air gas sangat berasid. Asid dicampur asid menjadikan keadaan di perut bertambah asidik. Asid phosphorik bertindak balas dengan asid hidroklorik di perut menimbulkan masalah gas dan kekembungan. Cuba makan sedikit sebelum minum minuman bergas. Jika tidak, dapat antacid atau ubat anti-gas. Antacid membantu meneutralkan asid dalam perut.
Bagaimana pula dengan air minuman isotonik seperti 100 plus? Air isotonik biasanya rendah asid. Ia boleh diambil dengan perut kosong. Ia boleh dijadikan sebagai pengganti garam bagi mereka yang hilang selera makan untuk 1 jangka masa yang lama, yang bermaksud, perut mereka juga kosong.
Adakah minuman berkabonat elok untuk perut?
Mengambil terlalu banyak minuman bergas meningkat keadaan asidik di perut yang mana seterusnya boleh jadi penyebab kanser esophagus. Asid terlalu tinggi juga boleh menyebabkan hakisan. Terlalu banyak air berkabonat juga boleh menyebabkan mutasi sel.
Akan tetapi ada kebaikannya minuman bergas. Sebelum ini dipercayai bahawa minuman bergas menyebabkan ulser perut tetapi menurut satu kajian yang dipamerkan dalam ‘European Journal of Gastroenterology and Hepatology‘, minuman bergas tidak menyebabkan masalah ulser tetapi membantu melegakannya. Ia juga membantu dalam masalah sembelit. Kajian menunjukkan minuman berkabonat mengosongkan pundi hempedu dengan lebih cepat sekaligus mengurangkan gejala-gejala penyakit pundi hempedu. Kajian ini tidak dijalankan secara menyeluruh. Kajian juga menunjukkan ada orang tidak mendapat manfaat daripada minuman berkabonat itu.
Adakah minuman isotonik baik untuk badan?
Minuman isotonik mengandungi garam. Badan kita menyingkirkan garam melalui sistem perkumuhan apabila bersenam. Minuman isotonik membantu mengantikan garam yang hilang dan juga glikogen yang telah dibakar. Akan tetapi perlu diingatkan, gula tetap gula. Jika berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak jika tiada lagi ruang simpanan untuknya.