SELAMAT DATANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog saya iaitu hatikugundah95.blogspot.com. Sebelum anda menyelami dengan lebih dalam blog ini, segala maklumat di dalam blog ini bolehlah dikongsi bersama rakan-rakan anda yang lain ataupun di blok anda sendiri. Hal ini kerana ilmu yang bermanfaat merupakan ilmu yang diamalkan serta dikongsi bersama orang lain. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah akademik saya iaitu Encik Wan Mazlan Bin Wan Mohd Rashdi dari Jabatan Teknologi Pendidik IPG Kampus Ipoh kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menghasilkan blog ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau blog saya ini tidak akan terhasil dengan jayanya. Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan atau kesalahan yang anda dapati semasa anda membaca blog ini. Sila tinggalkan komen anda tanpa rasa segan silu. Kerjasama dari pihak anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Nikmatilah blog ini.